Pelaburan

Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini

Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO perlu membuat pemilihan di semua peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei depan.

Jelas Setiausaha Agung UMNO itu, ia ekoran permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini.

“Pemilihan parti UMNO di semua peringkat iaitu cawangan dan bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri hendaklah diadakan sebelum 19 Mei.

“Ini kerana pada 9 November tahun lalu, PRU15 diadakan, tempoh dalam enam bulan itu adalah apabila tarikh PRU15.

“Jadi campur enam bulan bermakna sebelum 19 Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) hari ini.

Jelas Ahmad lagi, PAU2022 kali juga tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan kerana UMNO mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk memuktamadkan tarikh tersebut.

“Segala pemilihan hendaklah diselesaikan sebelum 19 Mei 2023. Pengumuman mengenai tarikh itu tidak dibuat semasa PAU2022 kali ini,” katanya lagi.

Pada Disember lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk mengadakan pemilihan parti akan diserahkan kepada perwakilan parti.

Ahmad Zahid turut menegaskan, pemilihan parti biasanya tidak diadakan semasa PAU2022 tetapi dilakukan seiring dengan persidangan bahagian parti. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link