Hartanah

Pemborong barang runcit gagal selenggara buku stok barang kawalan

Pemborong barang runcit gagal selenggara buku stok barang kawalan

rumahkabin black

SEREMBAN – Sebuah pemborong barang runcit di Nilai 3 di sini dikenakan tindakan setelah didapati gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan dalam operasi Ops Terjah oleh pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam operasi pada pukul 12.30 tengah hari itu, premis berkenaan didapati menawar dan membekalkan barangan kawalan seperti minyak masak, gula, dan tepung gandum untuk diedarkan kepada peruncit.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati, premis itu gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Para peniaga berlesen yang berurusan dengan barangan kawalan adalah wajib untuk menyelenggara buku stok barang kawalan dengan sempurna dan kegagalan melakukannya boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 13 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, dalam serbuan itu, sebanyak 3,768 kilogram (kg) minyak masak, 200 kg tepung gandum, 312 kg gula serta dokumen-dokumen berkaitan telah disita bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM12,234.80.

Beliau berkata, KPDN Negeri Sembilan komited dalam pemantauan berkaitan barangan keperluan asas pengguna terutamanya berkaitan barangan kawalan untuk mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran.

“Justeru, amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“KPDN Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link