Infotainment

Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana

Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana

rumahkabin black

Sudah banyak monitor Prism+ kami uji di makmal Amanz baik khusus untuk gaming, produktiviti atau juga yang mudah alih. Setakat ini penawaran mereka agak menarik dengan tahap harga berbeza untuk semua golongan pengguna Satu kategori monitor yang kami jarang ulas adalah monitor mudah alih. Kali terakhir adalah Nomad 16 dan dalam artikel ini saya akan ulas pula versi baharu iaitu Nomad Ultra 16.

Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 3

Prism+ Nomad Ultra 16 adalah monitor mudah alih 16-inci dengan panel OLED tanpa sokongan sesentuh. Sepanjang penggunaan produk ini, saya agak terkejut dengan kemampuannya kerana menyokong paparan HDR walaupun tidak disebut dalam spesifikasi, panel OLED yang cukup berkualiti, serta paparan FHD yang cukup baik. Persoalannya adalah, adakah RM1,399 berbaloi untuk sebuah monitor mudah alih?


Spesifikasi dan Rekaan

Skrin 15.6″ OLED, FHD 1920×1080 piksel
16:9, 60Hz
Sokongan Warna 150% sRGB
Nisbah Kontras 100000 : 1
Kecerahan 400 cd/m²
Sokongan Paparan Adaptif Tiada
Cagak Tiada
I/O USB 3.2 Type-C x2
Mini HDMI x1
Audio Speaker 1.5W x2
Kamera Web Tiada
Harga RM 1,399

Prism+ Nomad Ultra 16 menggunakan skrin 15.6-inci dan bukannya 16-inci sepenuhnya. Skrin monitor mudah alih ini adalah dari panel OLED dengan resolusi FHD 1920 x 1080 piksel, nisbah 16:9 dan kadar segar semula 60Hz. Sokongan warna pula adalah 150% sRGB tanpa sokongan HDR, tetapi ketika disambungkan kepada Huawei MateBook 14s – HDR boleh dipaparkan tanpa sebarang masalah cuma dengan sambungan USB-C HDR tidak boleh dipaparkan. Tahap kecerahan monitor ini adalah 400 cd/m², yang mana adalah tidak cukup terang untuk sebuah paparan OLED. Ini bermakna apabila menggunakan monitor ini di luar dengan cahaya matahari yang terik, paparan akan nampak malap.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 14 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 4

Seperti yang saya sebutkan tadi, monitor ini tiada sokongan skrin sesentuh jadi semua kawalan adalah pada butang fizikal terbina untuk mengakses menu atau dengan tetikus, papan kekunci atau alat kawalan jika disambungkan pada komputer atau konsol permainan. Butang fizikal hanya senang diakses jika tiada kerangka pelindung. Kerangka pelindung yang diberikan menyebabkan butang yang berprofil dengan Ultra 16 sukar ditekan.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 02 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 5

Nomad Ultra 16 mempunyai rekaan yang sangat asas, ringkas dan minimalis. Ia mempunyai rekaan skrin terasa retro kerana sama dengan Nomad 16. Bahagian dahi, sisi kiri dan dagu adalah agak tebal. Tetapi kami akur ini adalah kerana halangan teknologi yang digunakan sekarang. Jika bezel nipis digunakan, ketahanan skrin ini sebagai monitor mudah alih mungkin akan terjejas. Markah tidak akan dipotong kerana rekaan bezel nipis ini adalah biasa pada kesemua monitor mudah alih lain.

Walaupun begitu ia masih nampak cantik dengan tubuh aluminium yang kukuh. Berat hanya 750 gram yang memudahkannya di bawa ke mana sahaja. Sekitar separuh berat komputer riba ultrabook atau tiga kali ganda iPhone 14 Pro Max. Jika dibandingkan dengan Dell atau Asus yang harga jualan lebih mahal, rekaan Nomad Ultra 16 ini lebih baik kerana nampak seakan sebuah tablet dan lebih sedap mata memandang.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 16 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 6

Dengan setiap pembelian, Prism+ turut menyediakan kabel USB-C ke USB-C bersama palam kuasa, kabel Mini HDMI ke HDMI dan juga kerangka pelindung yang turut boleh dilipat menjadi kaki agar Nomad Ultra 16 boleh diletakkan berdiri di atas meja.

Pengalaman Penggunaan

Kualiti skrin pada Nomad Ultra 16 adalah memuaskan untuk penggunaan harian saya. Setakat ini, saya sekadar menggunakan monitor mudah alih ini di pejabat dan di rumah. Warna yang dihasilkan adalah cukup cantik untuk saya gunakan ketika menyunting gambar dalam Photoshop misalnya. Warna yang tajam serta sedap mata memandang ini sukar untuk dinafikan dengan butiran yang dipaparkan juga jelas.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 03 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 7

Tahap kecerahan adalah 400 cd/m² yang adalah sama seperti keterangan sebuah skrin LCD biasa sahaja. Tetapi penggunaan di dalam pejabat ia cukup terang untuk saya. Bagi sebuah skrin OLED keterangan puncak ini adalah agak rendah tetapi skrin mudah alih OLED keluaran saing turut mempunyai tahap keterangan yang sama. Sokongan warna ialah 150% sRGB juga cukup baik untuk tugasan suntingan gambar asas dan lebih daripada memuaskan untuk menghasilkan kertas kerja.

Saya turut menggunakan monitor ini untuk menonton video di YouTube dan Netflix dan kandungan HDR boleh dipaparkan tanpa asalkan sambungan adalah menerusi HDMI.

Saya paling kerap menggunakan monitor ini bersama laptop harian saya untuk kerja. Saya menjadikannya sebagai skrin utama untuk menulis artikel kerana ia lebih besar dari laptop 14-inci. Jadi saya nampak lebih apa yang ditaip dengan jelas serta teks yang besar. Saya turut berasa aneh ketika menggunakan monitor ini kerana skrin laptop saya ada 2K dan ia hanya FHD, pengurangan kualiti itu jelas kelihatan pada awal penggunaan.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 01 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 8

Sebagai pemilik Nintendo Switch OLED, konsol ini hanya menggunakan skrin OLED 720p – tetapi menyokong output 1080p. Menyambungkan konsol ini pada Nomad Ultra 16 adalah satu pilihan terbaik saya pernah lakukan kerana memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Ia lebih besar daripada Switch, tidak sebesar televisyen untuk mengelak masalah upscaling dan ia adalah OLED 1080p.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 09 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 9

Pengalaman penggunaan paling menarik pada saya adalah menggunakan Prism+ Nomad Ultra 16 ini bersama dengan iPad Air M1. Ini kerana iPadOS 16 pada iPad ini menyokong Stage Manager untuk penggunaan multi-tugasan yang lebih baik bersama dengan paparan sekunder. Saya boleh menjalan beberapa aplikasi berbeza serentak.

Misalnya pada iPad adalah untuk menulis artikel pada Safari bersama dengan aplikasi muzik, aplikasi penyunting gambar dan juga aplikasi emel, sementara pada Nomad Ultra 16 saya boleh membuka video YouTube atau jika ingin buka dua lagi aplikasi berbeza pun tiada masalah.

Sebagai penulis di Amanz yang kerap hadir ke pelbagai acara luar, kadangkala saya gemar menggunakan iPad sahaja. Kini dengan adanya Nomad Ultra 16 saya boleh memastikan produktiviti saya menjadi lebih lancar dan tugasan yang saya lakukan adalah lebih cekap dan cermat.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 21 1 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 10

Saya ada membaca komen pada Nomad 16 yang diulas sebelum ini. Model yang tiada skrin sesentuh harga jualannya agak mahal dan saya yakin dengan Nomad Ultra 16 ini pun, ramai akan rasakan perkara yang sama.

Secara peribadi, kekurangan ini bukanlah isu yang besar kerana pad sesentuh pada papan kekunci Magic Keyboard saya sudah baik serta saya menggunakan tetikus Logitech Master MX 3s yang sangat hebat prestasinya. Sokongan sentuhan pada skrin adalah satu bonus tetapi Ultra 15 lebih memfokuskan kepada kualiti visual skrin OLED dan kemudahan untuk di bawa ke mana sahaja.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 18 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 11

Masalah utama saya dengan monitor mudah alih ini adalah ia tidak mempunyai bateri terbina. Bateri komputer riba akan cepat habis kerana kuasa disedut jika palam kuasa tidak disambung. Masalah kedua adalah jika menggunakan iPad, dongel ke HDMI diperlukan dan monitor ini perlu disambungkan dengan satu lagi kabel bersama dengan palam kuasa menjadikan ia tidak begitu mudah alih.

Dengan iOS 16 dan iPadOS 16 tidak lagi boleh memainkan kandungan DRM jika disambungkan dengan HDMI, penggunaan adalah terhad untuk tujuan kerja sahaja. Ini adalah satu isu yang perlu disedari pengguna ekosistem Apple sebelum melakukan pembelian.

Menu OSD

Selepas banyak menguji produk Prism+, saya menyedari kesemuanya mempunyai isu perisian yang sama. Untuk mengakses menus Sistem On Screen Display (OSD), Ultra 16 perlu disambungkan kepada sebuah peranti jika tetapan ingin diubah.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 04 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 12

Pada monitor ini, sambungan kepada komputer Windows 11 juga tidak konsisten sekiranya menggunakan kabel USB-C. Tetapi tiada masalah dengan peranti macOS. Kemudiannya menu OSD sukar untuk difahami kerana tiada teks untuk menerangkan apakah maksud untuk setiap ikon yang terpapar pada skrin.

Untuk mengetahui saya perlu pergi ke setiap ikon dan melihat apa yang diubah kemudian menghafalnya dalam kepala. Saya perlu membaca manual untuk faham sedangkan pada monitor lain yang telah diulas di makmal Amanz, sistem OSD menerangkan setiap ikon dengan baik tanpa manual perlu dibuka walaupun sekali.

Ia juga masih tidak menyokong satu kabel USB-C ke iPad, di mana ini adalah satu perkara yang mengecewakan kerana monitor lain mereka tiada masalah dengan sambungan ini.

Audio

Speaker terbina pada monitor ini adalah baik sahaja. Ia terdiri daripada dua sepaker 1.5W jenis stereo yang terletak di di sisi kiri dan kanan. Kedudukan yang bagus dengan audio yang dihasilkan adalah seimbang. Walaupun pengalaman pendengaran tidak akan memenangi sebarang anugerah audio premium, saya masih berpuas hati.

Apa Ada Dalam Kotak?

Dalam setiap pembelian, anda akan menerima seperti berikut;

  • 1x Nomad Ultra 16
  • 2x Kabel USB-C ke USB-C
  • 1x Palam kuasa USB-C
  • 1x Kabel Mini HDMI
  • 1x Kerangka pelindung

Kesimpulan

Penggunaan harian saya dengan Prism+ Nomad Ultra 16 bersama laptop adalah baik sekali kerana sambungan HDMI yang mengaktifkan paparan HDR. Skrin cukup cerah, sudut pandangan yang memuaskan dan serta kualiti warna tidak mengecewakan. Panel OLED yang digunakan mampu memaparkan warna hitam yang cukup gelap. Penggunaan bersama Nintendo Switch OLED juga pada saya adalah antara padanan penggunaan terbaik.

UlasanPRISM Plus Nomad Ultra 16 05 950x534
Ulasan – PRISM+ Nomad Ultra 16 Ialah Skrin Berguna Untuk Yang Berkelana 13

Harga jualan RM1,399 untuk Prism+ Nomad Ultra 16 adalah kompetitif jika dibandingkan kepada jenama lain seperti Dell 14 Portable Monitor C1422H (RM1639) yang menggunakan skrin LED TFT, kecerahan 300 nits, dan port sambungan terhad. Sementara ASUS ProArt Display PA148CTV Portable Monitor dijual pada harga RM1799 hanya menggunakan skrin IPS LCD dan sokongan warna hanya 100% sRGB sahaja.

Jika anda perlukan monitor mudah alih, Ultra 16 ialah pilihan yang menarik. Tetapi jika anda inginkan sokongan skrin sesentuh, Nomad Ultra 4K 16 adalah model alternatif dengan kualiti skrin lebih baik pada harga RM2,999.


Pro

  • Skrin OLED yang cantik, cukup terang dan besar.
  • Binaan aluminium teguh.
  • Speaker terbina yang cukup kuat.
  • Pembelian menawarkan banyak kabel dan kerangka pelindung.

Kontra

  • Menu OSD yang yang tidak mesra pengguna.
  • Prestasi sambungan yang tidak konsisten.
  • Butang yang sukar ditekan dengan kerangka pelindung.
  • Model tanpa skrin sesentuh bukan untuk semua orang.
Skor Ulasan Amanz PRISM Plus NOMAD Ultra 16 02 950x200

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link