DBP tuju pantun kepada siapa?
PETALING JAYA – Laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) menjadi tumpuan hari ini selepas memuat naik pantun empat rangkap di media sosialnya.
Meskipun ringkas, namun mesej yang disampaikan seakan tepat dengan isu kontroversi yang melanda ketika ini.
Bagaimanapun, menerusi hantaran tersebut, tidak dinyatakan kepada siapa pantun itu ditujukan.
“Anak rusa jatuh telaga, berilah makan si batang keladi, saya berdua atau bertiga, lainlah orang jangan peduli,” katanya.
Sementara itu, di ruangan komen hantaran DBP, rata-rata orang ramai turut membalas pantun berkenaan.
Bagi seorang pengguna dikenali Maznie, dia berpendapat bahawa mana-mana individu yang berada dalam situasi terbabit perlu membuka hati.
“Jangan menduga telaga yang dalam, untuk rusa jumpa keladi, walau dibuat tidaklah haram, akal dan nafsu patut selari.
“Keladi dihulur makannya tidak, hingga terbenam sang mentari, jija hati sudah kehendak, patut terang teluskan hati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link