Ulasan – Razer Kishi Aksesori Berbisa Untuk Peminat Permua
Pandemik membuatkan kami belajar beberapa perkara baharu mengenai diri sendiri. Pertama sekali ialah duduk terkurung di dalam rumah bukanlah perkara yang menyeksa diri asalkan ada permainan video. Keduanya pula ialah permua sekarang cukup bagus sehingga kami tidak perlu menggunakan konsol untuk mendapat kenikmatan permainan video.
Kerana pandemik kami suka mengambil masa 10-30 minit sehari semasa waktu makan tengah hari bermain permua di telefon. Permua COD Mobile menjadi pilihan kerana ia tidak memerlukan masa yang panjang serta aksi permainannya pantas. Untuk mendapat kelebihan, kami membiasakan diri menggunakan DualShock4 sebagai alat kawalan COD Mobile. Tetapi kelemahannya ialah bateri perlu dicas dengan kerap dalam masa sehari.
Kemudian kami diberikan Razer Kishi V2 sebagai alternatif dan sukacita dimaklumkan ia menyelesaikan isu di atas dan membawakan beberapa kelebihannya yang tersendiri.
Rekaan
Rekaan Kishi V2 banyak berbeza berbanding Kishi asal. Sistem pengikat peranti di bahagian belakang digantikan dengan sistem angkup berspring yang menghimpit peranti di antara alat kawalan kanan dan kiri. Kami sukakan rekaan ini kerana peranti terasa selamat dan ketat apabila berada di dalam Kishi V2. Dalam posisi ini, peranti tanpa mengira saiz dapat digunakan dengan selesa sekali.
Kami difahamkan versi asal menggunakan tali pengikat yang membolehkan Kishi disimpan dalam saiz yang lebih kompak. Tetapi kami tiada isu dengan rekaan baharu Kishi V2 kerana tidak mempunyai hasrat menyimpannya di dalam beg. Bagi mereka yang ingin membawa kawalan permainan ke mana-mana, rekaan baharu ini memang kurang mesra disimpan dalam beg kerana bahagian plastik berspring yang digunakan mungkin patah jika terhentak.
Kami mencuba menggunakan Kishi V2 dengan peranti kecil Samsung Galaxy S22 sebelum turut mencubanya dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dan Galaxy Z Fold4. Walaupun ketiga-tiga peranti ini berbeza saiz dan berat, tiada isu besar yang kami hadapi apabila memadankannya degan Kishi V2.
Terdapat beberapa kaki pasang kaki getah yang boleh digantikan pada bahagian sambungan USB-C peranti. Dengan tahap ketebalan berbeza, pelbagai jenis peranti boleh dipasang pada Kishi V2 tapa isu ia terlalu longgar. Versi yang kami ulas hanya menyokong peranti USB- C tetapi ia turut hadir untuk iPhone dengan sambungan kepala Lightning.
Bahagian bawah permukaan Kishi V2 adalah sedikit kasar untuk memberikan tempat pemegang yang tidak licin ketika bermain. Walaupun tangan kami kadang kala berpeluh, permukaan ini berfungsi dengan baik cuma isu ia menjadi kotor selepas digunakan. Ini adalah isu yang normal pada semua alat kawalan permainan dan tidak terhad kepada Kishi V2.
Sebuah port pengecasan USB-C juga diletakkan di sebelah kanan bersama dengan ruang udara untuk speaker peranti. Sedikit mengecewakan port USB-C ini tidak menyokong sebarang jenis pengecasan pantas yang mungkin disokong peranti yang digunakan dengan Kishi V2. Turut tiada ialah bicu audio 3.5mm untuk sambungan aksesori berwayar. Ini mungkin boleh disertakan pada Kishi V3 suatu hari nanti.
Alat Kawalan
Konfigurasi butang pemuka pada Kishi V2 adalah mirip pada sebuah Nintendo Switch. Pastinya disengajakan kerana Switch ialah konsol mudah alih di dunia sekarang. Pada bahagian kiri terdapat satu kawalan butang analog dan satu butang D-Pad lapan arah. Turut disertakan pada bahagian kiri ialah butang menu dan butang tangkapan layar.
Bergerak ke sisi kanan butang terdapat empat butang (X, Y, A, B) di bahagian atas dan butang kawalan analaog di bahagian bawah. Seterusnya terdapat satu butang untuk melancarkan aplikasi Razer Nexus dan sebuah lagi butang menu.
Ini adalah kali pertama sebuah butang khusus untuk melancarkan Razer Nexus disertakan pada Kishi. Menerusinya pengguna boleh melakukan tetapan berbeza untuk setiap permua, dan mengakses hab untuk setiap permua yang telah dipasang pada telefon.
Terdapat enam butang baharu. Butang standard R1, R2, L1, L2 dipadankan dengan butang baharu M1 dan M2. Dengan lebih banyak butang kawalan permainan akan menjadi lebih baik kerana jari tidak perlu menyentuh skrin.
Dari segi penggunaan pengalaman menggunakan Kishi V2 sama seperti menggunakan alat kawalan DualShock4 PlayStation 4 tanpa sokongan tindak balas haptik sahaja. Kesemua butang terasa teguh ketika ditekan kerana dari jenis mekanikal dan kayu analaognya pula responsif.
Dapat dirasakan perbezaan kualiti pada butang Kishi V2 dengan alat kawalan OEM yang dijual lebih murah secara atas talian. Setiap butang yang dikesan juga responsif dengan tiada isu ia permua gagal membaca arahan yang diberikan.
Kekangan
Setakat ini kami hanya menulis pertama positif sahaja mengenai Kishi V2 tetapi sebenarnya ada sedikit kekurangan yang perlu disentuh. Pertama sekali ia tidak boleh digunakan pada kesemua permua yang dipasang pada peranti. COD Mobile dan Genshin Impact tidak disokong.
Mengapa ia tidak disokong adalah misteri bagi kami. Terdapat aplikasi pihak ketiga seperti Mantis GamesPad Pro yang boleh digunakan untuk menyokong dua permainan ini cuma langkah yang perlu diambil sedikit melecehkan.
Menerusi aplikasi Razer Nexus yang kami sebutkan beberapa perenggan di atas, terdapat senarai permua yang disokong secara rasmi seperti Sonic The Hedgehog, Diablo Immortal, Final Fantasy 7, Knights of The Old Republic, Bully : Anniversary Edition dan juga penyelaku PlayStation popular ePSXe.
Dalam Kotak
Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.
- 1x Razer Kishi V2
- 1x Pasang pelapik getah tambahan.
- 1x Manual.
Kesimpulan
Pada harga RM569 sebuah, Razer Kishi V2 adalah amat mahal untuk sekadar sebuah alat kawalan permainan peranti Android. Alat kawalan bluetooth PS4, PS5, dan Xbox adalah lebih murah berbandingnya.
Tetapi jika anda mahukan alat kawalan permainan permua pada peranti mudah alih yang tidak memerlukan bateri dan memberikan pengalaman yang paling hampir kepada sebuah alat kawalan konsol, tidak banyak pilihan lain lebih baik daripada Kishi V2. Bak kata pepatah, kalau inginkan kualiti anda perlu berbelanja lebih sedikit daripada kebisaan.
Pro
- Kualiti butang-butang pemuka dan kayu analog yang cukup baik kerana suis mekanikal.
- Rekaan yang kukuh dengan sokongan pelbagai telefon berbeza saiz.
- Tidak memerlukan bateri untuk berfungsi.
- Perisian Razer Nexus yang bagus.
- Pilihan pintasan pantas untuk menstrim dan tangkapan layar terbina.
Kontra
- Harga yang mahal.
- Tidak menyokong semua permua popular di Play Store.
- USB-C tidak menyokong pengecasan pantas.
- Rekaan tidak sepadat Kishi V1.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link