Apakah itu RPGT, CKHT / CKHT 1A?
Apa itu CKHT / CKHT 1A @ RPGT
CKHT / CKHT 1A atau nama panjangnya cukai keuntungan harta tanah adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas keuntungan jualan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah, atau SAHAM dalam syarikat hartanah.
CKHT 1A pula adalah borang yang perlu diisi oleh pemilik hartanah apabila mereka ingin menjual hartanah mereka. Borang tersebut boleh dimuat turun di sini: BORANG CKHT 1A
Cukai ini juga dipanggil RPGT (real property tax gain) dan kadar cukai ini adalah dari 0% hingga 30%.
Cukai ini dikira dari tarikh kita menandatangani perjanjian jual beli S&P/SPA atau tarikh memorandum pindah milik (MOT).
CKHT dikira selepas ditolak harga belian dan perbelanjaan lain yang terlibat seperti;
- Duti setem,
- Yuran guaman,
- Bayaran iklan,
- Kos ubahsuai rumah,
- Bayaran pentadbiran,
- Komisyen jualan, atau sebagainya.
Kadar Cukai Mengikut Tahun Pelupusan Hartanah
- Pertama: 30%
- Kedua: 30%
- Ketiga: 30%
- Keempat: 20%
- Kelima: 15%
- Keenam & Seterusnya: 6%
Kepentingan CKHT / CKHT 1A Dalam Dunia Hartanah
Tujuan kerajaan mewujudkan cukai keuntungan harta tanah adalah untuk mengawal aktiviti jualan hartanah dan mengelakkan property bubble.
Sekiranya cukai ini tidak diwujudkan, maka ramailah pelabur-pelabur hartanah yang menjual hartanah mereka kurang 5 tahun dari tarikh beli.
Sekiranya aktiviti ini tidak dibendung, harga pasaran hartanah akan naik secara mendadak dalam tempoh singkat dan akhirnya mengurangkan kuasa beli hartanah rakyat Malaysia.
Formula kira CKHT / CKHT 1A
Harga Jual Hartanah pada 16 Mac 2017 = RM 400,000.
Kos terlibat semasa jual hartanah;
- Renovation (dengan resit) = RM 20,000.
- Guaman = RM 4,000.
- Perunding Hartanah (3.18%) = RM 9,000.
- Jumlah: RM 33,000
Harga Pelupusan Hartanah: RM 400,000 – RM 33,000 = RM 367,000
Harga Belian Pada Tahun 2013: RM 210,000
Kos terlibat semasa pembelian:
- Bayaran Duti Setem = RM 3,200.
- Kos Guaman = RM 2,100.
- Jumlah: RM 5,300
Pengiraan Cukai & Keuntungan Bersih Selepas Jual Hartanah:
- Harga Pemerolehan Hartanah: RM 210,000 + RM 5,300 = RM 215,300
- Keuntungan Atas Jualan Hartanah = RM 367,000 – RM 215,300 = RM 151,700
- Pelepasan cukai CKHT / CKHT 1A RM 5,000 atau 10% daripada keuntungan (yang mana lebih tinggi): RM 151,700 x 10% = RM 15,170
- Keuntungan yang dikenakan cukai = RM 151,700 – RM 15,170 = RM 136,530
- Jumlah Cukai CKHT Yang Perlu Dibayar: RM 136,530 x 20% (pelupusan tahun ke-4) = RM 27,306
- Keuntungan Bersih: RM 136,530 – RM 27,306 = RM 109,224
Pengecualian CKHT
CKHT / CKHT 1A boleh dikecualikan terdapat tiga jenis pengecualian yang dibenarkan;
Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah kediaman satu sekali dalam seumur hidup kepada individu
Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli-ahli keluarga
- Suami dan isteri,
- Ibu bapa,
- Anak-anak,
- Datuk dan nenek,
- Cucu
- 10% daripada keuntungan atau RM 10, 000 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak dikenakan cukai
Seperti biasa, cukai ini dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negara dan menjadi salah satu sumber pendapatan negara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link