Pelaburan

Review Hartanah: Studio Regalia Residence

Review Hartanah: Studio Regalia Residence

rumahkabin black

Regalia Residence adalah sebuah service apartment yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Service apartment ini terletak berdekatan dengan Pusat Dagangan Bumi Putra (PWTC) dan juga Pusat membeli belah Sunway Putra Mall.

Regalia Residence senang diakses dari stesen keretapi terdekat iaitu Stesen KTM Putra berjarak 5 min berjalan kaki dan juga LRT Putra hanya berjarak 10 min berjalan kaki. Service apartment ini mempunyai 12 susun atur yang berbeza. Dalam review kali ini, saya hanya fokus pada

Maklumat Hartanah

  • Nama: Regalia Residence
  • Alamat: No.2 Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
  • Jenis: Service Apartment
  • Pegangan Hartanah: Hakmilik kekal (Freehold)
  • Saiz Apartment Pilihan: 500 kaki persegi
  • Caj Penyelenggaraan: RM0.30 kaki persegi

 

Fasiliti Regalia Residence

  • Sekuriti 24 jam beserta dengan kad akses
  • Infinity pool menghadap KLCC
  • Gym
  • Perpustakaan
  • Kedai makan Teh Tarik Place
  • Kedai Serbanika
  • CCTV 24 jam
  • Lot parking dengan kad akses
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Trek Joging
  • Gelanggang squash

Susun Atur Service Apartment

  • Studio Regalia Residence hanya mempunyai 1 bilik air dan saiz keseluruhan studio adalah 500 kaki persegi.

 

Analisa Regalia Residence

Harga Jualan (2018)

  • RM 438,000 – RM 470,000 (RM 867 kaki persegi – RM 940 kaki persegi)

Regalia 2018 pricing

Harga Median Jualan (2018)

  • RM 456,000 (RM 912 Kaki Persegi)

Kadar Kenaikan Harga Hartanah Mengikut Kaki Persegi Dari Tahun 2013 – 2018 (%)

  • Pada tahun 2013, terdapat 3 transaksi jualan pada harga RM 420,000, RM 400,000 dan RM 370,000.
  • Median price pada tahun ini adalah RM 396,666.

Regalia 2013

  • Pada tahun 2018, terdapat 3 transaksi jualan pada harga RM 470,000, RM 460,000 & RM 438,000.
  • Median price pada tahun ini adalah RM 456,000.

regalia median pricing

Graf Harga Median Jualan Regalia Residence (2013-2019)

  • Jika dilihat dari trend line harga median, menunjukkan bahawa harga pasaran untuk unit studio berada di fasa menurun bermula pada tahun 2016. Harga relatif berlegar di sekitar RM 470,000.
  • Kadar kenaikan harga hartanah dari tahun 2013 – 2018 adalah sekitar 2.35%

Kadar Sewa Hartanah

Untuk unit studio, kadar sewa bermula dari RM 1,800 – RM 2,200. Harga bergantung kepada furnishing dan akses kepada tempat letak kereta (private parking).

Kebanyakan unit service apartment di sini dijadikan unit homestay dan boleh menjana untung kasar dalam linkungan RM 3,000 – RM 6,000 sebulan.

Aksesibiliti

Regalia Residence boleh diakses dari dua jalan utama dan dua stesen keretapi iaitu;

 

Kemudahan Sekitar Regalia Residence

Anda boleh berjalan kaki melalui jalan khas terus ke mall berdekatan iaitu Sunway Putra Mall yang hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dan juga 10 minit berjalan kaki ke Jalan Chow Kit.

 

Rumusan

Service apartment ini adalah sesuai bagi pelabur hartanah yang ingin membeli atau menyewa hartanah pelaburan untuk dijadikan homestay/rumah tamu. Harga beli yang disarankan adalah sekitar RM 420,000 dan ke bawah. Service apartment ini juga tidak sesuai dijadikan penginapan sendiri kerana jumlah pengunjung keluar masuk yang tinggi setiap hari.

Gambar Service Apartment Regalia Residence

regalia residence studio service apartment infinity pool service apartment infinity pool regalia residence studio bathroom regalia residence studio regalia residence studio regalia residence studio service apartment living hall service apartment living hall regalia residence studio service apartment infinity pool service apartment infinity pool regalia residence studio

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link