TSMC Mengesahkan Pengurangan Permintaan Cip Pemprosesan Oleh Pelanggan Mereka
Beberapa hari lalu, TSMC telah memulakan pengeluaran cip pemprosesan yang dibina menggunakan teknologi binaan 3nm mereka di kilang Fab 18 yang terletak di Tainan, selatan Taiwan.
Apple dijangka adalah diantara pelanggan-pelanggan terawal cip pemprosesan yang dibina menggunakan proses ini, dan dilihat akan mencapai kapasiti pengeluaran sepenuhnya.
Walaupun begitu, TSMC turut mengesahkan bahawa 10 daripada para pelanggan utama mereka telah mengurangkan permintaan pengeluaran cip pemprosesan yang dibina menggunakan proses 7nm dan 6nm, selari dengan penurunan permintaan global untuk cip pemprosesan baru.
Ia dilaporkan bahawa pengurangan untuk cip pemprosesan yang menggunakan proses binaan ini telah berkurang sehingga 50 peratus, dengan cip pemprosesan yang dibina menggunakan proses 5nm dan 4nm juga turut terkesan, tetapi tida seteruk yang dikatakan diatas.
TSMC juga menjangkakan bahawa pendapatan syarikat tersebut akan menurun sebanyak 15 peratus akibat pengurangan ini, tetapi dengan cip-cip 3nm, 4nm dan 5nm menjadi sumber pendapatan terbesar mereka sekarang, perkara ini mungkin dijangka akan terjadi pada bila-bila masa.
Dengan proses binaan 3nm, pelanggan-pelanggan setia TSMC yang lain seperti Qualcomm, MediaTek, AMD dan NVIDIA dijangka akan menggunakan khidmat tersebut dalam masa beberapa tahun lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link