Review Hartanah: Studio Regalia Residence
Regalia Residence adalah sebuah service apartment yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Service apartment ini terletak berdekatan dengan Pusat Dagangan Bumi Putra (PWTC) dan juga Pusat membeli belah Sunway Putra Mall.
Regalia Residence senang diakses dari stesen keretapi terdekat iaitu Stesen KTM Putra berjarak 5 min berjalan kaki dan juga LRT Putra hanya berjarak 10 min berjalan kaki. Service apartment ini mempunyai 12 susun atur yang berbeza. Dalam review kali ini, saya hanya fokus pada
Maklumat Hartanah
- Nama: Regalia Residence
- Alamat: No.2 Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
- Jenis: Service Apartment
- Pegangan Hartanah: Hakmilik kekal (Freehold)
- Saiz Apartment Pilihan: 500 kaki persegi
- Caj Penyelenggaraan: RM0.30 kaki persegi
Fasiliti Regalia Residence
- Sekuriti 24 jam beserta dengan kad akses
- Infinity pool menghadap KLCC
- Gym
- Perpustakaan
- Kedai makan Teh Tarik Place
- Kedai Serbanika
- CCTV 24 jam
- Lot parking dengan kad akses
- Taman permainan kanak-kanak
- Trek Joging
- Gelanggang squash
Susun Atur Service Apartment
- Studio Regalia Residence hanya mempunyai 1 bilik air dan saiz keseluruhan studio adalah 500 kaki persegi.
Analisa Regalia Residence
Harga Jualan (2018)
- RM 438,000 – RM 470,000 (RM 867 kaki persegi – RM 940 kaki persegi)
Harga Median Jualan (2018)
- RM 456,000 (RM 912 Kaki Persegi)
Kadar Kenaikan Harga Hartanah Mengikut Kaki Persegi Dari Tahun 2013 – 2018 (%)
- Pada tahun 2013, terdapat 3 transaksi jualan pada harga RM 420,000, RM 400,000 dan RM 370,000.
- Median price pada tahun ini adalah RM 396,666.
- Pada tahun 2018, terdapat 3 transaksi jualan pada harga RM 470,000, RM 460,000 & RM 438,000.
- Median price pada tahun ini adalah RM 456,000.
Graf Harga Median Jualan Regalia Residence (2013-2019)
- Jika dilihat dari trend line harga median, menunjukkan bahawa harga pasaran untuk unit studio berada di fasa menurun bermula pada tahun 2016. Harga relatif berlegar di sekitar RM 470,000.
- Kadar kenaikan harga hartanah dari tahun 2013 – 2018 adalah sekitar 2.35%
Kadar Sewa Hartanah
Untuk unit studio, kadar sewa bermula dari RM 1,800 – RM 2,200. Harga bergantung kepada furnishing dan akses kepada tempat letak kereta (private parking).
Kebanyakan unit service apartment di sini dijadikan unit homestay dan boleh menjana untung kasar dalam linkungan RM 3,000 – RM 6,000 sebulan.
Aksesibiliti
Regalia Residence boleh diakses dari dua jalan utama dan dua stesen keretapi iaitu;
- Jalan Kuching
- Jalan Sultan Ismail
- KTM Stesen Putra
- LRT Stesen PWTC
Kemudahan Sekitar Regalia Residence
Anda boleh berjalan kaki melalui jalan khas terus ke mall berdekatan iaitu Sunway Putra Mall yang hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dan juga 10 minit berjalan kaki ke Jalan Chow Kit.
Rumusan
Service apartment ini adalah sesuai bagi pelabur hartanah yang ingin membeli atau menyewa hartanah pelaburan untuk dijadikan homestay/rumah tamu. Harga beli yang disarankan adalah sekitar RM 420,000 dan ke bawah. Service apartment ini juga tidak sesuai dijadikan penginapan sendiri kerana jumlah pengunjung keluar masuk yang tinggi setiap hari.
Gambar Service Apartment Regalia Residence
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link