Hartanah

Sebulan sudah cukup, kini masa berlari – Rafizi

Sebulan sudah cukup, kini masa berlari – Rafizi

rumahkabin black

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau sedia membawa perubahan kepada ekonomi negara kerana sudah memperolehi gambaran cukup bagi memikul tanggungjawab selepas sebulan memegang potfolio terbabit.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tempoh sebulan tersebut digunakannya untuk berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh utama ekonomi negara, termasuk pembuat dasar, pelaksana, sektor swasta dan pemegang taruh lain.

“Terdapat idea dan pendekatan baharu yang dirasai dapat memberi nilai pulangan lebih baik bagi semua wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan.

“Masa sebulan telah memberi saya gambaran mencukupi untuk berlari dengan lebih pantas mulai Januari ini. Ada yang kesannya dapat dirasai segera ada yang hasilnya hanya dapat dituai dalam setahun, dua tahun dan tahun-tahun akan datang.

“Insya-Allah, kalau 10 kami usahakan, kalau pun tak semua membuahkan 100 peratus seperti yang dirancang, sebahagian besarnya akan mempunyai impak jangka sederhana dan panjang kepada negara,” katanya di Facebook rasminya hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu turut membidas pihak pembangkang yang mempertikaikan setiap usaha kerajaan.

“Ada dalam kalangan mereka yang memerli kononnya saya hanya nampak gah semasa menjadi pembangkang, tetapi tidak berkesan sebagai kerajaan. Itu satu cabaran yang saya akan sahut.

“Selepas lima tahun, insya-Allah saya serahkan kepada penilaian rakyat mengenai prestasi saya sebagai menteri dan PKR/Pakatan Harapan sebagai sebahagian dari kerajaan perpaduan,” katanya.

Walaupun begitu, katanya lagi, wujud masalah pelaksanaan yang merencatkan prestasi ekonomi serta menyebabkan kenaikan kos yang boleh ditangani.

“Ada projek berimpak tinggi yang akan memberi isyarat anjakan ekonomi yang diperlukan untuk menarik minat pelabur.

“Usaha mengekang inflasi banyaknya boleh dilaksanakan di peringkat pembekal seperti mempercepatkan pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor makanan, mengawal harga, meningkatkan persaingan pembekal dan menambah bekalan.

“Tetapi usaha itu perlu juga diiringi inisiatif di sebelah penawaran, termasuklah mengusahakan kenaikan gaji yang munasabah dan menggalakkan tabiat pengguna lebih sensitif kepada harga agar permintaan lebih anjal,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link