“Kenapa Nak Cerai? Boleh Tanya Beego Sendiri”
Pelakon Linda Hashim meminta untuk bertanya sendiri kepada suaminya, Beego mengenai dakwaan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga nekad fail cerai kali ketiga.
Memetik Harian Metro, Linda berkata dia juga enggan mengulas mengenai dakwaan wujud ‘orang ketiga’ hingga dia bertindak memfailkan cerai.
BACA: Bego Terkejut, Tak Tahu Ada Sebutan Kes Cerai
“Boleh tanya sendiri kepada Beego. Saya tidak mahu komen lebih-lebih atau panjangkan cerita. Saya tidak mahu cakap lebih (mengenai wujud orang ketiga),” katanya.
Sementara itu, Linda berkata dia membuat keputusan untuk teruskan perceraian memandangkan hatinya sudah kosong dan Beego sudah mensia-siakan banyak peluang yang diberikan.
“Banyak kali saya bagi peluang dengan memaafkan dan menerima segala kekurangan serta kelebihan dia (setuju rujuk semula sebelum ini). Semua itu adalah peluang,” katanya.
Terdahulu, Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.
Bagaimanapun Linda memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source