“Tak Mengapa Tiada Jodoh Dengan Adira, Lelaki Itu Berkemampuan, Saya Tidak”
Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan ada seorang lelaki menunggu masa mahu mendekati bekas isterinya itu.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red berkata dia reda seandainya Adira bertemu jodoh dengan orang yang lebih berkemampuan.
BACA: “Dulu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Sorok-Sorok Juga?” – Datuk Red
“Saya dapat laporan ada seorang individu yang betul-betul minat pada Adira. Dia tengah tunggu masa yang sesuai untuk ‘masuk jarum’.
“Tidak mengapalah, kalau tiada jodoh dengan saya. Lelaki itu berkemampuan, saya tidak. Saya tak boleh tahan, Adira itu manusia. Kalau ada jodoh, ada lah,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata dia akan tetap mengutamakan anak-anak seandai dia dan bekas isteri tidak dapat kembali bersama.
“Kalau saya atau Adira berkahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Red berkata dia akan terus berusaha mengukuhkan ekonomi serta tidak mahu menyusdahkan sesiapa dan sanggup bersendiri jika belum berjaya.
“Selagi tiada itu (ekonomi kukuh) tidak mengapa, saya duduk (seorang) sampai akhir hayat saya pun tak kisah. Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan isteri saya dan anak-anak saya,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source