“Kalau Arwah Ibu Ada…” – Talita Gembira Impian Jadi Penyanyi Akhirnya Tercapai
Anak kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra, rasa gembira apabila cita-cita dan impaiannya untuk menjadi seorang penyanyi akhirnya tercapai.
Menerusi temu bual dalam satu podcast, Talita berkata jika arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah masih ada pasti akan bangga dengan pencapaiannya.
BACA: Thalita Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah Lepas Jadi Penyanyi
@heykorangz8 Excited lah kita nak tunggu Adik Thalita punye single! Mesti gempak… cepat lah father kita pun tgh tunggu ni.. ?? Cant wait to see Adik Thalita performing in SG with Ajai and Mega friends SG on the 10th of May 2025. Episode 96 with Thalita is out on Spotify?? Korangz Jgn Lupa tune in ok! #thalitasuib #showpalingmurah #showpalingmahal
“Kalau arwah ibu saya (Siti Sarah) berada di sini sekarang, saya rasa dia pasti akan rasa bangga dengan saya,” katanya. Saya gembira tapi dalam masa yang sama sedih sebab dapat capai apa yang saya impikan. Saya mahu jadi penyanyi.
“Saya beritahu kepada mummy (Watie) nak jadi penyanyi dan doa itu seperti makbul. Kemudian dia kata okay saya kena tunjukkan yang saya boleh,” katanya.
Sementara itu, anak kedua Shuib berusia 11 tahun itu turut mendedahkan dia akan melancarkan lagu pertamanya tidak lama lagi.
“Daddy (Shuib) kata saya akan ada lagu nanti, cuma tak tahu bila. Insya-Allah doakan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source