Scha Alyahya Didik Dua Anak Perempuan Tak Bersolek
Pelakon Scha Alyahya mengakui membesarkan anak perempuan merupakan cabaran besar namun dia percaya bahawa asas yang kukuh dalam diri membentuk jati diri kuat.
Memetik Majoriti, Scha turut berkongsikan pandangan mengenai mengenai penggunaan mekap dalam kalangan kanak-kanak.
BACA: Kalau Bergaduh, Scha Alyahya Cepat Sejuk, Awal Ashaari Merajuk 7 Hari
“Pendekatan Scha membesarkan dua anak perempuan sangat mencabar. Saya mulakan di rumah dengan memberitahu mereka that you are strong and you are kind. Bagi Scha dua benda itu sangat-sangat penting,” katanya.
Menurut Scha, anak sulungnya, Lara Alana sudah mula menunjukkan minat terhadap mekap selepas melihat rakan-rakannya mula mengoles kosmetik.
Bagaimanapun, Scha menyarankan agar Lara tidak terburu-buru bersolek tambahan pula kulit kanak-kanak pada usia muda, seharusnya dibiarkan alami tanpa gangguan bahan kimia.
“Saya seorang yang agak tradisional dan konvensional, pandangan Scha tak perlu lagi. You are fine the way you are. Sejak setahun, dua tahun lepas, dia (anak bongsu, Lyla Amina) memang suka mekap. Tak tahulah siapa yang ajar dia.
“Scha selalu berbual dengan Awal, kelainan Scha seorang yang lasak dan tidak suka mekap. Jadi, kami pelik, Lyla ikut perangai siapa?” katanya.
Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada 4 May 2012. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.
SUMBER: Majoriti
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source