Pengawal keselamatan disyaki raba pesakit lelaki dalam tandas
ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang pesakit lelaki di dalam tandas sebuah klinik awam, minggu lalu.
Suspek lelaki berusia 19 tahun itu diberkas sepasukan anggota Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Alor Gajah di sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang pada 28 Januari lalu selepas mangsa yang berusia 19 tahun selesai mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.
“Mangsa yang juga pengadu telah bertanya kepada seorang pengawal keselamatan lokasi tandas awam dan lelaki itu kemudian menyuruh pengadu mengikutnya. Semasa di dalam tandas pengadu ternampak suspek seperti sedang mengintainya.
“Suspek kemudian mengetuk pintu dan menyuruhnya membuka lampu. Pengadu membuka sedikit pintu dan ketika hendak menekan suis di luar, tiba-tiba suspek telah berada di hadapan pintu dan cuba masuk ke dalam tandas dengan menolak pintu serta memegang kemaluan pengadu,” katanya.
Tambah Md. Nazri, pengadu yang berasa takut dan bimbang akan keselamatan dirinya telah bertindak menolak badan suspek dan menutup semula pintu tandas.
“Beberapa minit kemudian pengadu mendapati suspek telah beredar. Pengadu yang tidak berpuas hati telah membuat aduan di kaunter klinik dan laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source