“95% Daripada RM105,180 Adalah Sumbangan Pihak Saya”
Isteri kepada Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mendedahkan 95 peratus hasil sumbangan yang dikutip untuk membantu suaminya adalah datang daripada hasil sumbangan pihaknya.
Memetik Kosmo, Afreena turut menegaskan derma yang diterima daripada orang ramai dan artis tidak sampai RM5,000.
BACA: Bapa Mentua Minta Along Cham Berdepan, Jadi Lelaki Sejati
Katanya lagi, dana lebih RM100,000 itu datang daripada duit simpanan, derma daripada pempengaruh Siti Jamumall, keluarga dan rakan-rakannya.
“Saya perlu tegaskan kerana masih ada yang meragui walaupun polis sudah menahan scammer yang makan duit saya. Ia bukan seperti dihebohkan. Berdasarkan penyata yang saya simpan sebagai bukti, hasil pengiraan menunjukkan duit orang ramai termasuk dua selebriti sekitar RM4,000 sahaja,” katanya.
Sementara itu, Afreena berkata pengiraan dana itu turut dibuat bersama polis ketika membantu siasatan di mana ia menunjukkan jumlah sebenar adalah RM105,180.
Dalam pada itu, Afreena berkata dia masih menyayangi Along atau namun tidak dapat menjelaskan semua isu tersebut kerana suaminya enggan bertemu dengannya.
“Kami tidak berjumpa sejak di mahkamah syariah dan hanya sesekali membalas mesej. Hati saya remuk dan kecewa lebih-lebih lagi dia tuduh anak dalam kandungan bukan benihnya,” katanya.
Afreena berkata, dia tidak tahu dirinya hamil lapan minggu sehinggalah mengalami keguguran apabila berlaku pendarahan teruk mungkin kerana tekanan dan penat.
“Tergamak ada menuduh begitu sedangkan hal rumah tangga perlu diselesaikan berdua dengan berbincang,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source