Serah kepada JAIPk siasat khatib baca khutbah Jumaat negeri lain
IPOH – Kerajaan negeri menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk melakukan siasatan berhubung kes seorang khatib di Parit buntar yang tidak membacakan teks khutbah Jumaat yang disediakan jabatan itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, adalah sesuatu yang tidak kena apabila khatib berkenaan membacakan khutbah Jumaat yang disediakan pihak berkuasa agama negeri lain.
“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena kerana di bawah JAIPk, ada unit membuat karangan bagi khutbah Jumaat. Malah, memang ada arahan daripada JAIPk supaya semua masjid membacakan khutbah Jumaat yang disediakan mereka.
“Jadi, kalau ada mana-mana masjid yang membaca khutbah di luar daripada khutbah yang sediakan, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.
“Saya percaya JAIPk akan menyiasat perkara ini. Bergantung kepada hasil siasatan itu nanti, betul atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pemerkasaan Masyarakat Madani Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri Perak 2025 di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, seorang khatib di Parit Buntar dikatakan tidak membacakan teks khutbah Jumaat yang disediakan JAIPk sebaliknya membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Tajuk teks khutbah Jumaat di semua masjid di Perak adalah ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki’ manakala di Pulau Pinang pula bertajuk ‘Muhasabah di Bulan Sya’ban’.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Perak, Muhammad Rif’aat Razman melalui hantaran di Facebook mempersoalkan pemilihan tajuk khutbah itu yang dikatakan seakan menyinggung Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang juga bapanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source