Ada orang nak jodohkan, tapi saya malas – Zara Zya
PETALING JAYA: Bahagia dengan kehidupan solo, pelakon, Zara Zya mengakui dirinya malas memikirkan soal jodoh apatah lagi berkenalan dengan mana-mana lelaki.
Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, berkata, dia juga tidak sanggup menjalani semula fasa awal perkenalan sebelum memulakan hubungan dengan mana-mana lelaki.
“Ada orang nak jodohkan saya, tapi saya dalam fasa malas.
“Malas nak kenal, malas nak ambil tahu kegemaran lelaki itu, apa pekerjaannya dan di mana dia tinggal.
“Kemudian kita nak buat apa ya? Menyorok sajalah,” katanya dalam aplikasi Thread baru-baru ini.
Perkongsian itu telah dihujani dengan pelbagai respons netizen yang antaranya beranggapan jodoh pelakon berkenaan belum tiba.
Malah, ada juga peminat yang menasihatkan pelakon drama Hati Tercarik Luka itu agar tidak salah memilih meskipun jodohnya lambat tiba.
“Biar lambat pilih asal jangan salah pilih,” komen peminatnya.
“Cuba Zara bagi ruang pada diri sendiri untuk berjumpa dan berkenalan. Mana tahu akan terbuka hati nanti,” kata seorang netizen.
Sekadar info, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019.
Namun, Hafreez memaklumkan ikatan pertunangannya bersama Zara sudah terlerai selepas sebulan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source