“Tolong Jangan Malukan Diri Sendiri…” – Adik Along Cham Dedah Komplot Isteri & Rakan-Rakan, Dakwa Isteri Tahu Mengapa Along Ditangkap
Isu antara pelawak Along Cham dan isterinya, Afreena Suhaimi semakin menjadi perhatian apabila adik Along, Aurel Yana, tampil bersuara.
Aurel telah meninggalkan komen di Instagram pempengaruh Siti Jamumall dan Aurel mendakwa Afreena ada kaitan dengan individu yang dikatakan “scammer” dan keluarganya telah diganggu.
Isteri dan rakan-rakan berkomplot
Dia juga mendakwa terdapat komplot antara Afreena dan beberapa rakannya untuk memburukkan Along dan keluarganya.
Sis nak ke saya bagi bukti apa komplot dia dengan Ika dan dua orang lagi kawan-kawan Feena?
Nak ke saya bagi bukti macam mana team mereka ganggu saya, ibu dan adik saya? Bukti macam mana dia sanggup terpacak depan law firm untuk sebarkan fitnah dan cerita palsu ke atas suami dia dan ahli keluarga kami?
Tolong jangan malukan diri sendiri dengan merisikokan diri atas pembelaan yang langsung tak berasas takut kena angkut masuk dalam kandang sebagai saksi.
Isteri tahu mengapa Along ditangkap
Aurel turut mendedahkan bahawa Afreena tahu mengapa Along ditahan secara tiba-tiba dan mendakwa rumah mereka telah dikosongkan selepas Along pulang.
Dia sendiri tahu macam mana dan kenapa abang saya ditangkap tiba-tiba selepas abang saya sedar taklik yang dilanggarnya sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan mereka.
Tak sempat 24 jam bagi tahu nak sahkan taklik dah pun kena angkut. Sekarang barang satu rumah dia dah licinkan selepas abang saya pulang ke rumah semalam. Sila jelaskan ada ke orang yang di pihak yang benar lari kelam labut macam ni?
Untuk pengetahuan, Ika dan dua lagi rakan subahat Feena turut hadir ke mahkamah semalam. Tiba-tiba harini nama Ika dipetik. Game over Feena, enough is enough.
Katanya, mereka mempunyai bukti kukuh dan tidak akan membuat tuduhan yang tidak berasas.
Sebelum ini, Along mendakwa Afreena menyeleweng dana sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM100,000 yang sepatutnya digunakan untuk menguruskannya semasa di penjara dan untuk keperluan anak mereka.
Bagaimanapun, Afreena telah membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadapnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source