Penduduk Kupang Nafi Buli & Pulau Suspek Kes Kebakaran Bersiri – “Hentikan Tohmahan, Kami Tak Kenal Dia”
Penduduk di Kupang, Baling menafikan bahawa mereka membuli suspek kes kebakaran bersiri yang berlaku sejak Disember tahun lalu.
Kata salah seorang daripada mereka, Adnan Hassan, 40, sejak semalam orang ramai sudah mula bertanya tentang kejadian buli terhadap suspek selepas media melaporkan kenyataan polis.
Adnan berkata mereka terpaksa menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia sendiri tidak mengenali suspek mahu pun bekerja di tempat yang sama.
Sudah 12 tahun saya kerja di kilang pemasangan kereta di Kulim, saya tidak tahu apa motifnya bakar rumah tetapi kami menjadi mangsanya sehingga kawan yang mengenali saya mengatakan saya pembuli.
Pertama kali tengok suspek depan mata
Tambah Adnan, hidupnya dan siteri, Nurul Atiqah Shafie, 38, kini dalam tertekan kerana baru sahaja diuji dengan rumah dan tiga motosikal terbakar dan terpaksa pula menghadap tohmahan orang ramai.
Adnan turut berkara polis hadir bersama suspek kira-kira jam 10 pagi semalam untuk lakonan semula kejadian dan itu adalah kali pertama dia melihat suspek namun dalam jarak yang agak jauh.
Mukanya tidak kelihatan sebab pakai pelitup muka dan memakai baju oren. Rasa lega apabila suspek ditahan polis, rasa hendak marah tetapi saya reda dengan apa yang berlaku. Saya tidak berdendam cuma berharap dia dapat hukuman setimpal.
Hari hari anak dapat tag komen ‘pembuli’
Sementara itu, Ibrahim Ali, 59, pula berkata dia bekerja sendiri dan tidak pernah bekerja di kilang getah termasuklah anak-anaknya.
Saya tidak kenal suspek, macam mana dikatakan kami membulinya, orang kampung tahu keadaan kami dan mereka faham tetapi bagi orang luar mereka akan tuduh kami pembuli.
Kata Ibrahim, anaknya, Husna Shafinie, 29, mendapat ‘tag’ daripada rakan-rakan di media sosial dan mengatakan mereka adalah pembuli.
Sakit hati saya apabila membaca komen netizen yang tidak berhati perut mencaci kami pada hal kami tak pernah kenal suspek… saya kecewa kerana ia membabitkan maruah keluarga.
Dalam kejadian 25 Disember lalu, rumah Adnan musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi manakala rumah Ibrahim yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah Adnan terbakar kira-kira jam 3.45 pagi hari yang sama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source