“Apa Yang Berlaku Banyak Sangat Pengajaran”
Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata tahun ini dia sudah bersedia untuk berdepan dengan orang ramai selepas menerima banyak sokongan dari netizen.
Memetik mStar Online, Ira berkata banyak pengajaran diperoleh susulan apa yang berlaku serta meminta orang ramai mendoakan agar dia terus istiqamah.
BACA: Ira Kazar Tak Terfikir Cari Pengganti, Hati Masih Tertutup
“Berdasarkan apa yang berlaku Ira dapat banyak sangat pengajaran macam mana nak jadi manusia yang lebih baik dan banyak muhasabah diri sekarang ini.
“Ramai je yang bila diuji akan kembali kepada jalan yang tak elok, tapi saya harap tak macam tu dan minta orang ramai doakan supaya saya tidak ke arah itu.
“Alhamdulilah untuk berdepan dengan umum saya okay saja cuma buat masa sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak berada di kawasan ramai orang mungkin faktor usia kot,” katanya.
Terdahulu, Ira berkata hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas sah bercerai pada Ogos tahun lalu dan buat masa ini dia hanya mahu memberi fokus kepada keluarga serta rakan-rakannya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source