Sze Fei-Izzuddin takluk Terbuka India 2025
PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani merangkul gelaran sulung mereka, musim ini, selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 di New Delhi, India, sebentar tadi.
Gandingan No. 2 dunia itu mengetepikan cabaran beregu pecah ganding Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang baharu sahaja memenangi Terbuka Malaysia, minggu lalu, menerusi keputusan 21-15, 13-21, 21-16 dalam masa 52 minit pada perlawanan akhir.
Sze Fei-Izzuddin yang terkandas seawal pusingan pertama pada Terbuka Malaysia, menebus kehampaan mereka dengan membawa pulang hadiah wang tunai AS$70,300 (RM316,797) berserta pingat emas.
Kemenangan Sze Fei-Izzuddin itu juga merupakan kejayaan kedua mereka pada kejohanan berstatus Super 750 selepas kali pertama berbuat demikian pada Terbuka Jepun, tahun lepas.
Pada ketika itu, wakil Malaysia tersebut menewaskan Seung Jae yang masih bergandingan dengan Kang Min Hyuk sebelum pemain itu menyertai latihan khidmat tentera.
Memandangkan Won Ho-Seung Jae merupakan beregu yang baharu digandingkan bersama, rekod pertemuan kini berpihak kepada Sze Fei-Izzuddin 1-0.
Selepas Terbuka India, beregu profesional negara itu dijangka berehat seketika selepas mereka memilih untuk tidak menyertai Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, minggu depan. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source