Suami isteri bekal rokok seludup untuk pekerja tapak projek dicekup
TUMPAT – Kegiatan pasangan suami isteri yang dipercayai menjadi pembekal rokok seludup bernilai RM468,738 termasuk cukai kepada pekerja kontrak di tapak projek pembinaan di sini terbongkar selepas mereka dicekup dalam serbuan di Kampung Belimbing, Tanah Merah di sini, minggu lalu.
Suami isteri yang masing-masing berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi pada 12 Januari lalu selepas penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjalankan risikan terhadap kegiatan mereka selama lebih seminggu.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, siasatan mendapati, lelaki itu merupakan pemandu lori membawa isterinya bersama untuk menghantar barangan dari Lembah Klang ke negeri ini.
Menurutnya, mereka dipercayai mengambil upah dengan membawa rokok seludup untuk dibekalkan kepada pekerja kontrak di tapak projek pembinaan semasa berada di Kelantan.
“Semasa serbuan dijalankan, anggota JKDM menjumpai 33 kotak berisi sebanyak 539,400 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM468,738 temasuk cukai sebanyak lebih RM366,252.
“Siasatan lanjut mendapati, pasangan suami isteri itu mengaku menerima upah sebanyak RM600 untuk satu trip perjalanan membawa rokok-rokok tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM Cawangan Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, mereka dipercayai akan pulang semula ke Lembah Klang sebaik sahaja tugas menghantar rokok-rokok seludup itu selesai di Kelantan.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, semua rokok-rokok dari China itu disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok.
Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama 10 hari bermula 13 sehingga 22 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source