Taktik ‘Scam’ Terbaru Datang Lagi! Individu Pesan Jangan Mudah ‘Scan’ Kod QR Pada Kertas Saman
Jenayah scam merupakan salah satu bentuk penipuan yang semakin berleluasa di negara kita.
Ia merujuk kepada tindakan menipu atau memperdaya seseorang untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah, biasanya melalui saluran komunikasi seperti telefon, emel, atau media sosial.
Scammer, atau penipu, akan menggunakan pelbagai taktik untuk memperdayakan mangsa mereka, termasuk janji-janji palsu, pemalsuan identiti, atau ancaman yang menakutkan.
Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi di Instagram Reels mengenai pengalaman rakannya yang menerima satu kertas berbentuk seperti kertas saman di cermin hadapan keretanya.
Menurut individu tersebut, kertas saman itu merupakan salah satu taktik terbaru para scammer untuk memperdaya mangsa.
Dia turut memberitahu sekiranya kod QR yang tertera pada kertas tersebut di scan, berkemungkinan besar duit daripada bank dan e-wallet akan hilang kerana telah digodam oleh scammer.
Yang paling bahaya QR code dalam kertas tu.
Kalau korang scan, korang punya duit dalam Touch n Go, bank akan hilang.
Individu tersebut turut menasihati orang ramai agar membuat pembayaran saman sama ada di balai polis atau bayar menerusi aplikasi MyJPJ sahaja.
Dinasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati sekiranya ingin mengimbas sebarang kod QR yang tertera pada mana-mana kertas.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source