‘Aboh rehat okay, kita semua sayang aboh’
PETALING JAYA – “Aboh rehat okay, kita semua sayang aboh,” demikian luahan anak kepada lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental yang cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai, Terengganu, kelmarin.
Menerusi hantaran TikTok Aty, wanita tersebut turut berkongsi gambarnya bersama bapa semasa majlis nikah berserta luahan tersebut.
“Semoga Allah permudah segala urusan kita sekeluarga. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu,” katanya.
Dia turut menjawab pertanyaan orang ramai yang bertanyakan hal berkaitan bapanya.
“Ya (aboh) masih di sana (Hospital Sultanah Nur Zahirah) dalam rawatan. Doktor tak bagi lagi melawat, apa-apa nanti saya ‘update’ (kemas kini),” katanya.
Seorang lagi anak kepada lelaki OKU tersebut menerusi TikTok Hana turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan bapanya.
“Terima kasih yang mana mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami. Kami sekeluarga hargai sangat-sangat, ayah kami berada di hospital tengah menerima rawatan. Sekali lagi terima kasih,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen pula, selain ramai yang mendoakan kesihatan lelaki tersebut, ada juga berkongsi pengalaman menjaga keluarga mereka yang OKU kategori mental.
“Ayah saya juga OKU mental, tiap-tiap bulan perlu dapatkan rawatan doktor. Kami bangga dengan ayah kami, saya faham sangat-sangat. Tapi orang takkan faham, mereka menghakimi OKU ni normal juga pemikiran,” kata seorang pengguna TikTok.
“Saya ada adik OKU mental macam ni, tapi jujur saya cakap hati saya makin cepat tersentuh. Saya sedih sangat bila isu macam ni dijadikan satu contoh depan anak muda,” komen individu lain.
“Ayah dia sakit macam ayah aku. Aku tahu macam mana bila orang sakit mental OKU ni dia nampak normal, tapi bila datang sakit, dia tak boleh nak kawal ikut perasaan dia. Datang sihat, dia sihat,” kata seorang lain pengguna TikTok.
Kelmarin Kosmo! melaporkan, gara-gara menunggang motosikal di tapak pasar tani sehingga terlanggar sebuah gerai dan menyebabkan makanan jualan terjatuh, seorang lelaki OKU kategori mental cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai.
Dalam insiden pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan dipukul dan diterajang oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan pasar tani terbabit.
Susulan itu, tiga lelaki termasuk seorang peniaga berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan polis pada pukul 8 malam hari yang sama bagi membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar dilaporkan berkata, mereka ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source