Lantikan baharu MPT bukti Bersatu tidak ketandusan pemimpin
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan yakin barisan kepimpinan yang baharu dilantik dapat memperkukuh parti mendepani pilihan raya akan datang.
Katanya, pelantikan itu juga ia membuktikan Bersatu tidak ketandusan pemimpin untuk mentadbir parti mahupun negara.
“Bersatu mampu menawarkan ramai tokoh yang segar dan bersemangat, termasuk muka-muka baharu yang tidak dicalarkan oleh perseteruan peribadi generasi sebelumnya.
“Persaingan politik yang dibawa oleh generasi baharu ini ialah persaingan sihat demi negara dan rakyat, selaras dengan prinsip berlumba-lumba mengerjakan kebaikan yang semestinya tidak menganggap saingan politik sebagai seteru peribadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli MPT Bersatu yang baharu.
Selain Noh, empat lagi yang dilantik ialah Datuk Harisson Hassan (Bahagian Kuala Selangor), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bahagian Kepala Batas), Danni Rais (Bahagian Jelebu) dan Alkaf Jaziri Abdillah Suffian (Bahagian Santubong).
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, lantikan baharu itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah dijangka diadakan dalam masa terdekat. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source