Penempatan pekerja asing diserbu, 76 PATI ditahan
PETALING JAYA – Seramai 76 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan dilaksanakan sekitar Shah Alam dan Kajang, tengah malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan di dua daerah itu pada pukul 12.05 tengah malam.
Katanya, operasi ini telah dilaksanakan dengan kekuatan seramai 113 orang pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Bahagian Perisikan dan Operasi Khas serta Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
“Dalam operasi ini, seramai 374 warganegara asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 76 orang PATI yang berusia di antara 20 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zakaria, tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki tinggal di penempatan tersebut tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri secara sah.
“Antara kesalahan yang dikenalpasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.
“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source