Sherry Alhadad Tak Kisah Bakal Suami Gaji Lebih Rendah
Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad berkata dia percaya dengan perancangan Allah dan dia pernah mempunyai impian untuk berkahwin serta memiliki tiga cahaya mata.
Memetik Media Hiburan, Sherry berkata sebagai manusia dia hanya mampu merancang dan tidak pernah tersinggung jika ada yang bertanyakan bila dia akan berkahwin.
“Namun, kita hanya boleh bermimpi dan berangan. Jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan. Kenapa pula nak tersinggung bila orang tanya bila nak kahwin. Mungkin mereka nak berbual sahaja,” katanya.
Sementara itu, Sherry berkata dia tidak menolak kemungkinan ramai lelaki takut untuk mendekatinya kerana dirinya seorang selebriti.
“Pada saya, mungkin ramai lelaki yang takut nak dekat dengan saya kerana mereka mengatakan saya terlalu dominan dan high maintenance. Padahal saya bukanlah high maintenance pun.
“Saya seorang yang sangat mudah dan tenang sahaja. Mungkin mereka juga nervous melihat saya sebab asyik bergurau sahaja dan entah bila masa nak serius.
“Mungkin mereka ingat susah nak menyaingi energy saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih bersopan santun,” katanya.
Dalam pada itu, Sherry berkata dia juga tidak kisah dipertemukan lelaki yang berpendapatan lebih rendah asalkan seorang yang bertanggungjawab.
“Saya okay sahaja. Saya pun tiada ciri-ciri lelaki idaman yang tetap. Kalau lelaki itu boleh dibawa berbual, berbincang dan seorang yang bertanggungjawab, okay sahaja.
“Jika pendapatannya kurang daripada saya, saya terima. Saya ini orang biasa sahaja. Cuma pekerjaan saya sahaja di hadapan tv dan orang melibat macam glamour. Padahal, saya tetap manusia normal macam orang lain,” katanya.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source