400 polis kawal aksi Terengganu lawan JDT
KUALA TERENGGANU: Seramai 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, dekat sini, malam esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, penugasan itu bagi memastikan kelancaran trafik sekitar stadium dan keselamatan puluhan ribu penonton yang dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.
Beliau mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi garis panduan keselamatan ditetapkan pihak berkuasa termasuk tidak membawa bahan terlarang dan peralatan berbahaya ke dalam stadium.
“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan ketat dijalankan di badan dan beg oleh petugas sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium.
“Penonton tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk barang larangan seperti mercun, suar, topi keledar, botol air, pemetik api, sebarang objek dan senjata tajam seperti besi, pisau, tongkat dan lain-lain.
“Larangan juga termasuk alatan pembesar suara dan peniup yang mengeluarkan bunyi bising,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan di laluan pintu utama (grand stand) SSMZA.
“Sebarang bentuk perarakan atau perhimpunan sama ada sebelum, semasa atau selepas perlawanan juga tidak dibenarkan bagi mengelak insiden pergaduhan atau provokasi.
“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan kekecohan.
“Datanglah memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dengan cara berhemah dan penuh semangat kesukanan,” katanya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source