Aksi tanpa variasi mudah dibaca lawan
KEKURANGAN variasi permainan dimiliki beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah dianggap sebagai punca mereka bergelut dengan aksi tidak menentu dalam beberapa kejohanan terdahulu.
Terbaharu, bekas juara Terbuka Perancis itu sekali lagi tersingkir di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 selepas tewas 21-19, 14-21, 13-21 kepada Siti Fadia Silva Ramadhanti-Lanny Tria Mayasari.
Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah tersingkir seawal pusingan pertama buat kali ketiga berturut-turut pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu selepas turut mengalaminya ketika edisi 2023 dan 2024.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, corak permainan tunggal dimiliki beregu No. 6 dunia itu sudah dapat dibaca oleh beregu-beregu negara lain.
“Permainan mereka terlalu mudah dibaca kerana hanya menggunakan satu gaya serangan, iaitu melakukan pukulan smash kuat tanpa ada strategi atau variasi. Itu sahaja tidak cukup untuk menewaskan lawan di tahap tertinggi.
“Pergerakan mereka juga sangat perlahan dan tidak lancar pada perlawanan itu (menentang Siti Fadia-Lanny),” kata jurulatih dari Indonesia itu.
Justeru, beliau berharap anak-anak buahnya menjadikan kekalahan pada Terbuka Malaysia sebagai pengajaran berguna memandangkan mereka akan menggalas misi seterusnya di Terbuka India di New Delhi minggu depan.
“Sekurang-kurangnya saya mahu melihat bagaimana mereka dapat mengambil iktibar daripada kekalahan yang mereka alami kepada Siti Fadia-Lanny sebelum ini,” tambah Rexy.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source