Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Tak Henti Doa Untuk Kembali Bahagia
Pelakon Farid Kamil berkata dia perbanyakkan istighfar sebagai satu terapi bagi mengubati rasa rindu terhadap isterinya, Diana Danielle serta dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Memetik Harian Metro, Farid berkata dia juga tidak putus berdoa agar keluarganya kembali bahagia seperti dahulu dan itu merupakan harapannya.
“Pada saya, di dalam situasi sekarang tiada senjata, bahan atau warna yang boleh menyampaikan hasrat saya ketika ini melainkan doa.
“Saya tidak berhenti berdoa agar suatu hari nanti keluarga saya kembali berbahagia seperti dulu insya-Allah… itu harapan saya,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai hubungan dengan Diana, Farid berkata situasi masih sama dan mereka sudah lama tidak bertentang mata.
Menurut Farid lagi, buat masa ini dia perlu melalui seorang diri untuk mendapatkan apa yang dicari dan sering berhubung dengan anak-anak melalui telefon.
“Terus terang perhubungan saya dengan isteri dan anak-anak masih sama seperti dulu. Apa yang saya boleh katakan, saya dalam perjalanan untuk memperbaiki diri. Saya akan cuba menempuhi masalah di depan dengan penuh reda dan persiapan.
“Walaupun dalam keadaan tidak begitu baik, tetapi saya tetap cuba berdoa untuk mendapatkan kebaikan. Saya masih lagi dalam proses untuk berjumpa dengan isteri.
“Kali terakhir jumpa anak tahun lalu, sudah lama tak jumpa. Bukan tak boleh jumpa, tak ada masalah dan juga halangan. Tapi, ketika ini saya perlu berjalan seorang diri untuk mendapatkan apa yang dicari.
“Saya dan anak-anak memang selalu berhubung menerusi panggilan telefon, cuma kalau berjumpa, tahun ini masih belum,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source