Rai Krismas secara sederhana
MELAKA: Rata-rata masyarakat di Kampung Portugis, Banda Hilir di sini menyambut perayaan Krismas secara sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya.
Mereka lebih suka berbelanja secara berhemah memandangkan keadaan ekonomi kian tidak menentu.
Seorang penduduk, Elton Ike Nonis, 51, berkata, paling penting untuk mereka ialah ahli keluarga dapat pulang untuk berhimpun beramai-ramai.
“Kita tidak berbelanja besar menukar perabot, membeli langsir baharu atau barangan lain tetapi memadai ada sebatang pokok Krismas dalam rumah, sudah memadai.
“Sambutan meriah adalah lebih kepada pengukuhan ikatan persaudaraan berbanding mementingkan perbelanjaan.
“Berhemahlah ketika berbelanja agar kita tidak membazir dan tidak perlulah pakaian baharu atau bersaing dengan jiran-jiran sebelah agar perayaan ini tidak menjadi beban. Yang penting kita buat persiapan hidangan pada malam Krismas, masak pelbagai menu termasuk makanan tradisional iaitu kari ayam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, bagi Kevin Mitchel De Souza, 45, pula, dia seronok menyambut Krismas di rumah ibu mertuanya di Kampung Portugis berbanding Kuala Lumpur.
“Di Melaka sambutan meriah sebab ahli keluarga berhimpun beramai-ramai. Kita masak juadah tradisional dan makan serta minum bersama-sama, ini lebih penting,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Anne De Mello, 56, berkata, dia hanya membuat persiapan secara sederhana dan lebih mengutamakan pertemuan dengan anak, menantu dan saudara-mara.
“Saya rasa cukup apa yang ada termasuk sebatang pokok Krismas dalam rumah dan buat persiapan memasak untuk makan beramai-ramai,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source