Nahas ngeri Melaka: Dua anak mangsa jalani pembedahan esok
BANGI – Dua beradik yatim piatu yang juga mangsa nahas kemalangan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka akan menjalani pembedahan di Hospital Melaka esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh datuk kepada dua beradik tersebut, Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas di sini.
“Saya nak ke Melaka ada lagi cucu satu di ICU (unit rawatan rapi) dan satu di wad. Esok dijangka pembedahan. Pembedahan sebab peha patah akibat pelanggaran,” katanya hari ini.
Kosmo! hari ini melaporkan seramai tujuh mangsa maut, manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Melaka malam tadi.
Nahas tersebut dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut di lorong tengah lebuh raya menyebabkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang dari arah utara ke selatan gagal mengelak dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Mangsa yang maut adalah Khairul Ikhwan dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2. Dua lagi mangsa adalah ibu bapa kepada Fadzlenna iaitu Ramli dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi anak Khairul Ikhwan dan Fadzlenna, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source