Waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP dilanjut hingga Selasa depan
PETALING JAYA – Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
PPZ-MAIWP menerusi kenyataannya berkata, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam.
“Ia bertujuan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2024.
“Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat atau melalui ejen seperti perbankan internet dan juga e-Wallet,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan sama, pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U dan pegawai terlibat akan terus ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat.
“Tempahan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my. Selain itu, PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat Just One Call Away yang mana pembayar boleh menunaikan zakat dengan hanya talian zakat kami di 1 300 88 5757.
“PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ- MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2024 bagi mendapatkan 100 peratus rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2024,” tambah kenyataan itu.
Sempena Kempen Year End Zakat 2024, pembayar berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2025.
Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP pula akan mendapat cenderahati istimewa seperti beg beli-belah eksklusif, kalendar 2025, selain disediakan jamuan ringan, reruai asnaf dan rakan strategik serta banyak lagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source