Awaludin dalang penipuan Gigamax dikesan, polis buru enam lagi suspek
KUALA LUMPUR – Seorang warga Indonesia dikenali sebagai Awaludin yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket penipuan pelaburan Gigamax dikesan polis bersama enam lagi individu lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu telah mengakibatkan kerugian mencecah lebih RM7.25 juta dengan 101 laporan polis diterima setakat ini.
Katanya, selain Awaludin, enam individu lain yang dikesan ialah Benjamin Al Sharif yang merupakan presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Turut dikesan Mohd Norizwan Ali yang Mohamad Sufi Abd. Razak, Muhd Firdaus Khadri, Risman Muhd Yatim dan Muhamad Nizam Sahar yang dipercayai telah melarikan diri ke Dubai.
“Kita percaya enam lagi individu termasuk Awaludin masih berada di dalam negara dan bertindak sebagai penceramah serta kripto trail dalam kegiatan ini,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Ramli berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek terbabit agar segera tampil membantu siasatan.
13 November lalu, polis menerusi Operasi Nuri-Gigamax telah menahan 11 individu termasuk dua wanita berusia 34 hingga 59 tahun di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Melaka.
Platform Gigamax mula diperkenalkan pada Julai 2022 sebagai medium broker mata wang kripto antara pelabur dan pasaran kripto oleh sebuah akademi NGO yang mempromosikan pendidikan teknologi blockchain dan decentralized finance.
Justeru itu, Ramli turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu latar belakang platform pelaburan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source