“Alhamdulillah Tidak Ada Perasaan Berbolak- Balik…” – Ogy Ahmad Daud Bersyukur Kekal Berhijab Walau Pernah Dapat Kata-Kata Negatif
Pelakon hebat, Ogy Ahmad Daud bersyukur kerana hatinya tidak mempunyai perasaan berbolak-balik dan masih kekal berhijab selepas 24 tahun.
Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud membuat keputusan untuk berhijab ketika berada di depan pintu Kaabah pada akhir bulan Ramadan pada tahun 2000.
Saya mendapat benda itu di depan pintu Kaabah, pada akhir bulan Ramadan selepas saya sudah melakukan qiamulai dan saya tawaf.
Sebelum nak pulang ke hotel tawaf sunat, sebelum nak ke hotel bersiap sedia untuk sahur. Disaat itulah saya mendapat sesuatu tentang berhijab dan saya menyebut ya, saya lakukan.
Walau bagaimanapun, menurut Astro Gempak, pelakon itu berkata dia berhadapan dengan dugaan selepas kembali ke tanah air kerana ramai yang seolah-olah memperlekeh keputusannya untuk berhijab.
Saya tak faham bila saya pulang, kenapa kekecohan berlaku apabila saya berhijab kerana ramai yang mempersoalkan saya.
Sampai saya terfikir adakah saya jahat sangat? Saya tak pernah buat benda mengarut. Itu amat memeranjatkan saya.
Bila Allah izinkan saya berhijrah, banyak kata-kata negatif yang dilemparkan kepada saya.
Tetapi mungkin kerana saya berpegang kepada satu, “saya pelik kenapa manusia menghina saya sedangkan Allah yang mencipta saya tidak langsung menghina saya.”
Pelakon itu memberitahu bohong jika dia tidak berasa sedih namun dia menganggap ini sebagai ujian dan dia berserah sahaja pada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
Allah jawab doa kamu, Dia tahu masa yang tepat, cara yang terbaik. Saya sudah melalui fasa itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source