Tabung Haji Peruntuk RM261 Juta Bantuan untuk Jemaah Haji 2025
Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan bantuan kewangan bersasar berjumlah RM261 juta kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji pada musim 1446H/2025M.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, bantuan ini meningkatkan jumlah terkumpul kepada lebih RM2.8 bilion dalam tempoh 25 tahun.
Beliau menyatakan bahawa jumlah bantuan yang besar ini memberi kesan langsung terhadap kemampanan kewangan TH dan pulangan kepada pendeposit. Oleh itu, TH telah mengambil langkah menurunkan kadar bantuan kewangan haji secara berperingkat sejak 2022, selaras dengan konsep kemampuan dalam menunaikan ibadah haji (istito’ah) dan untuk memastikan kelestarian kewangan TH demi kepentingan pendeposit.
Bagi jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan ibadah haji, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM18,300, iaitu 55% daripada keseluruhan kos haji. Bagi kumpulan M40, bantuan kewangan haji berjumlah RM9,800, iaitu 29% daripada keseluruhan kos. Jemaah Muassasah kumpulan T20 dengan pendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu membayar penuh kos haji sebanyak RM33,300 seorang.
Artikel daripada Sinar Harian boleh klik sini, TH teruskan bantuan bersasar RM261 juta kepada jemaah haji
Selain itu, bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah dan terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh kos haji selaras dengan syarat istito’ah.
TH juga telah berusaha mengawal kos haji dengan mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan dan perjanjian dengan pengusaha hotel untuk beberapa tahun akan datang, meskipun terdapat peningkatan harga minyak dan penginapan di Tanah Suci.
Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim 1446H/2025M akan dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini. Bakal haji perlu melengkapkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source