UMNO tidak benar perlakuan ‘lompat-melompat’
PETALING JAYA – Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan ‘lompat-melompat’ ahli mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dasuki berkata, budaya mengambil ahli atau pemimpin parti masing-masing hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan.
“Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu hingga meruntuhkan kerajaan akibat perlakuan khianat dan lompat-melompat serta mencuri ahli sesama kalangan parti dalam permuafakatan,” jelasnya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Tambah Asyraf, UMNO memandang serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan terdapat perbincangan awal berhubung penyertaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Perdana Menteri telah pun merujuk dan meminta pandangan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.
Terdahulu, akhbar melaporkan Tengku Zafrul bakal menyertai PKR selepas adanya perbincangan dengan pihak pengurusan parti tersebut. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source