Dua sahabat jalan kaki ke Mekah tiba di Thailand
BAGAN SERAI: Dua rakyat Malaysia yang kini dalam misi berjalan kaki ke Mekah tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam hari ini dan meneruskan perjalanan ke Hatyai, Thailand.
Mohamad Azizul Abdullah, 34, dan Mohamad Al-Bukhari Ellia, 26, memasuki Thailand selepas pemeriksaan Imigresen di pintu sempadan negara pada kira-kira pukul 3 petang dan meneruskan perjalanan di negara itu.
Mohamad Al-Bukhari berkata, dari pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, mereka akan berjalan kaki ke Hatyai dan seterusnya ke Bangkok.
Katanya, dari dari ibu negara Thailand itu, mereka akan menaiki penerbangan ke India dan berjalan kaki dari negara itu ke Mekah.
Menurutnya, dia bersyukur kerana berjaya tiba ke pintu sempadan negara hari ini setelah 14 hari berjalan kaki dari kampung mereka di Changkat Lobak di sini pada 1 Disember lalu.
“Kami bersyukur kerana akhirnya tiba di pintu sempadan negara hari ini walaupun sebenarnya jadual perjalanan kami sudah terlewat satu atau dua hari daripada yang dirancangkan.
“Alhamdulillah setakat ini perjalanan kami lancar dan tiada apa-apa masalah terutama dari segi fizikal, malah perjalanan kami dipermudahkan.
“Walaupun hujan, kami tetap terus berjalan kaki. Hari ini kami memulakan fasa baharu perjalanan kerana akan mula berjalan kaki di negara orang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurutnya, mereka menyasarkan untuk berjalan kaki antara 40 hingga 50 kilometer sehari sepanjang di negara Thailand.
“Semasa berjalan kaki dari Bagan Serai ke sini (Bukit Kayu HItam) ramai menunggu untuk mengalu-alukan kami di sepanjang perjalanan, menyebabkan perjalanan agak perlahan.
“Namun di Thailand, orang negara itu tak kenal kami, kami boleh berjalan sehingga 40 hingga 50 kilometer sehari,” katanya.
Mengenai visa untuk menunaikan haji, Mohamad Al-Bukhari berkata, perkara itu sudah diselesaikan.
“Ya memang ada yang bertanyakan adakah kami sudah ada visa untuk menunaikan haji. Perkara itu saya tak boleh dedahkan. Tuduhan yang mengatakan kami tak ada visa haji tidak benar.
“Apa yang dapat saya katakan ialah segara urusan untuk visa haji sudah diselesaikan, itu sahaja yang dapat saya katakan,” katanya.
Sementara itu, perjalanan dua sahabat itu di negara Thailand diiringi dua ahli Pertubuhan Kebajikan dan Bantuan Negeri Kedah (Team Bantu) bagi memudahkan perjalanan mereka sepanjang berada di negara jiran itu.
Ketua Pengarah Team Bantu, Mehamad Shukri Jamaludin berkata, dua ahli Team Bantu akan mengiringi Mohamad Azizul dan Mohamad Al-Bukhari dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Hatyai. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source