Peluang keemasan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, meraih habuan AS$210,000 (RM934,688) dan mencipta sejarah baharu dalam arena badminton negara.
Impian itu hanya dapat dikecapi jika mereka mampu menjinakkan lawan dari China yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Zheng Siwei-Huang Yaqiong.
Apa pun keputusan perlawanan akhir tersebut, pasangan No. 8 dunia itu sudah boleh tersenyum apabila wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM445,000) telah berada dalam genggaman mereka jika bergelar naib juara dan sejarah juga telah dipahat mereka kerana menjadi wakil pertama Malaysia yang berjaya berada di pentas akhir.
Terdahulu, kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi separuh akhir di Gimnasium Olimpik Hangzhou di China, semalam.
Tang Jie-Ee Wei mempamerkan dominasi penuh dalam perlawanan itu menerusi corak permainan agresif untuk mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-12 dalam tempoh 42 minit.
Kejayaan melangkah ke final menyaksikan Tang Jie-Ee Wei sebagai wakil pertama Malaysia yang berjaya berada di tahap berkenaan sejak Jelajah Dunia Akhir BWF diperkenalkan pada tahun 2018 bagi menggantikan Siri Super Final BWF.
Mereka juga kini berpeluang untuk mencipta sejarah menjadi yang pertama merangkul gelaran juara kejohanan akhir musim itu sekiranya memenangi pertarungan di pentas final.
Juara beregu akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$210,000 (RM934,688) manakala naib juara AS$100,000 (RM445,089).-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source