Muhyiddin kaya dan mampu bayar ganti rugi – Guan Eng
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang individu yang kaya dan memiliki aset serta mempunyai kemampuan untuk membayar satu jumlah penghakiman kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Guan Eng dalam afidavit jawapan memaklumkan, beliau percaya dengan kemampuan Muhyiddin melalui pengisytiharan awam dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kata Guan Eng, Muhyiddin selaku defendan dalam notis kebankrapan difailkan beliau telah menduduki tempat pertama dalam senarai Pengisytiharan Aset Kabinet SPRM diterbitkan pada Julai 2020 dengan pendapatan bulanan berjumlah RM93,841.65 dan nilai besar aset dimiliki diisytiharkan antara RM10 juta dan RM15 juta.
Menurut Guan Eng lagi, beliau percaya bahawa prospek defendan diisytiharkan bankrap dan kemungkinan pilihan raya kecil akibat kebankrapan tidak dianggap sebagai keadaan khas yang diiktiraf di sisi undang-undang.
“Malah, defendan sebagai seorang individu yang kaya boleh mengelak perkara tersebut dengan mudah dengan membayar jumlah penghakiman, kos dan alokatur.
“Defendan yang merupakan bekas Perdana
Menteri dan ahli politik terkemuka di Malaysia harus menunjukkan contoh baik kepada seluruh negara dengan mematuhi dan menghormati keputusan mahkamah yang telah mendapati bahawa defendan memfitnah saya dan mengarahkan ganti rugi dibayar sebagai akibatnya,” katanya dalam afidavit difailkan oleh Guan Eng menerusi Tetuan Guok Partnership hari ini.
Isnin lalu, Pengerusi DAP itu telah memfailkan permohonan agar satu notis kebankrapan dikeluarkan terhadap Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu.
Ia selepas Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin masih belum melunaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada Guan Eng.
Pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Guan Eng selepas didapati telah memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung isu pembatalan pengecualian cukai terhadap sebuah yayasan kebajikan.
Permohonan pengeluaran notis kebankrapan yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) itu antara lain menyatakan Muhyiddin mesti membayar RM1.35 juta seperti yang diperintahkan dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaian notis itu.
Hakim Roz Mawar Rozain dijadualkan untuk mendengar permohonan penangguhan pada hari Isnin ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source