Anak tikam ibu ketika bersarapan didakwa
KLUANG – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, 4 Disember lalu.
Tertuduh, Mohammad Hariez Farhan Masrudin, 20, kelihatan tenang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur didakwa membunuh Zarina Jaafar, 47 antara pukul 10.45 pagi hingga 12 tengah hari pada 4 Disember lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Felda Ayer Hitam di sini.
Lelaki yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun.
Jika tidak dihukum mati hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 4 Februari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source