Hujan sangat lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Pahang sehingga esok.
MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu, melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman, serta di Pahang, khususnya Kuantan dan Pekan.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat dan risiko lain kepada penduduk di kawasan terjejas.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
“Hujan lebat dijangka melanda kawasan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, dan Gua Musang di Kelantan, serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu di Terengganu. Di Pahang, kawasan terjejas adalah Jerantut, Maran, dan Rompin,” katanya.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, dan Johor.
Di antaranya, kawasan di Kedah seperti Kubang Pasu, Kota Setar, dan Pokok Sena, serta di Perak seperti Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
“Kawasan lain yang dijangka terjejas adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, dan Bachok di Kelantan, serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera di Pahang,” tambahnya.
Di Johor, Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi turut dijangka menerima hujan berterusan.
Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya mereka yang berada di kawasan berisiko banjir. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source