Apple Watch Bakal Dapat Digunakan Dengan Peranti Android Xiaomi, Melalui Aplikasi ‘HyperConnect’
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015, Apple Watch tidak pernah disokong untuk digunakan peranti Android.
Sambungan jam tangan pintar ini sememangnya diketahui terhad hanya kepada pengguna yang menggunakan ekosistem Apple. Walau bagaimanapun, ini mungkin akan berubah tidak lama lagi dengan langkah yang diambil oleh Xiaomi.
Difahamkan, Xiaomi telah berhasrat untuk memperluaskan sokongan HyperConnect mereka. Ketika ini, HyperConnect hanya menyokong pemindahan fail pantas, membuka fail Keynote, dan menyiarkan kandungan skrin Xiaomi 15 ke skrin MacBook.
Namun, Xiaomi dikatakan merancang untuk membolehkan penggunaan Apple Watch, AirPods, dan HomePod bersama peranti mereka pada masa depan.
Our goal is to be the best compatible with Apple ecosystem. The future of tech should be connected and collaborative. pic.twitter.com/w1njQR3RBx
— Lei Jun (@leijun) November 11, 2024
Setakat ini, masih belum jelas bagaimana Xiaomi akan melaksanakan perkara ini. Dapat dijangka, Xiaomi mungkin akan membangunkan aplikasi khusus untuk tujuan sambungan tersebut.
Diharapkan, Xiaomi tidak akan mengguna pakai kaedah seperti yang dilakukan oleh Nothing, yang menghubungkan akaun iCloud pengguna ke pelayan pihak ketiga dari peranti macOS.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source