‘Allah bagi pinjam 5 minggu’ – Najwa Latif keguguran anak pertama
PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif mendedahkan kandungannya yang baru mencecah lima minggu mengalami keguguran.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, berkata walaupun tidak berniat berkongsi berita duka itu, dia dan suaminya Akwa Ariffin menghargai setiap doa serta sokongan ramai.
“Saya hanya ingin beritahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.
“Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana merasakan hal ia sangat peribadi untuk saya dan suami,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Pelantun lagu Cinta Muka Buku ini turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat.
“Tetapi saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.
“Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga,” katanya.
Pada masa sama, Najwa meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.
“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila saya dapat jumpa awak nanti,” ulasnya lagi.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source