Kemenangan pertama selepas 30 tahun
MANCHESTER – Pengurus Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo berbangga dengan semangat luar biasa anak-anak buahnya untuk merakam kemenangan pertama dalam tempoh 30 tahun ke atas Manchester United di Old Trafford.
Forest merakam kemenangan bersejarah apabila menewaskan United 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman keramat The Red Devils itu awal pagi semalam.
“Kami bekerja keras sebagai satu unit dan anda sendiri boleh lihat hasilnya ketika ini. Kemenangan ini amat bermakna buat kelab kerana Forest adalah sebuah pasukan yang besar.
“Namun, kelab ini sudah lama ketinggalan di belakang sejarahnya. Sekarang adalah masa untuk kami mengembalikan zaman kegemilangan kelab ini,” kata Santo.
Forest membuka tirai jaringan seawal minit kedua melalui tandukan Nikola Milenkovic sebelum Rasmus Hojlund menyamakan kedudukan buat United pada minit ke-18.
Dua gol di separuh masa kedua daripada Morgan Gibbs-White dan Chris Wood memastikan kemenangan 3-2 Forest meskipun United memperoleh jaringan kedua melalui Bruno Fernandes pada minit ke-61.
Menariknya, ia adalah gol ke-10 Woods buat Forest musim ini sekali gus menjadikan penyerang New Zealand itu sebagai penjaring terbanyak kelab itu di pentas EPL, mengatasi penyandang sebelum ini Bryan Roy (24 gol).
“Ini adalah hadiah hari lahir terbaik buat Wood yang berusia 33 tahun hari ini. Kami sangat gembira dengan kejayaannya dan ini membuktikan masih belum terlambat untuk anda meraih sesuatu pencapaian yang hebat,” jelas Santo. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source