Permohonan status bumiputera India Muslim ikut proses perlembagaan biasa – PM
GEORGE TOWN – Kerajaan akan mengkaji isu status bumiputera sebilangan komuniti India Muslim di negara ini mengikut proses perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan kelayakan status kerakyatan itu akan diuruskan Kementerian Dalam Negeri di bawah seliaan Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
“Sama ada seseorang itu layak atau tidak, mereka perlu mematuhi proses biasa. Tiada (tempoh untuk buat keputusan), ia adalah permohonan individu dan bukan berdasarkan tempoh masa.
“Ia bergantung pada setiap permohonan individu. Bukan kumpulan atau persatuan tetapi individu. Itu tugas Datuk Seri Saifuddin. Kementerian berkenaan perlu menguruskannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai dakwaan permohonan status bumiputera dalam kalangan komuniti India Muslim di negara ini ditolak kebelakangan ini.
Terdahulu, Anwar hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Liga Muslim di Setia SPICE Convention Centre, Bayan Baru, malam tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, kerajaan Madani berusaha membawa kebaikan dan perubahan untuk rakyat di negara ini.
“Syukur Alhamdulillah… sentiasa bergerak dinamik. Tidak malas, tidak lembab, tidak menganggap dia sudah sempurna. Sentiasa mencari jalaN dan bawa perubahan demi kebaikan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source