Titah Adendum Oleh YDPA Ke-16 Untuk Najib Jalani Baki Hukuman Penjara Sebagai Tahanan Rumah Adalah Benar – Anak Najib
Titah adendum yang didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah adalah benar.
Anak sulung Najib, Datuk Muhammad Nizar mengesahkan bahawa perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepadanya baru -baru ini.
Tegasnya, sekiranya dakwaan itu palsu sudah tentu perkara terbabit dinafikan oleh pihak istana sejak awal lagi.
Saya telah failkan satu afidavit di mana saya telah dimaklumkan oleh Tuanku Sultan sendiri bahawa adendum itu memang wujud, ia bertentang (bercanggah) dengan kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan hearsay la, dan sebagainya. Sebenarnya ia satu kepastian, kebenaran.
Kalau perasan selama ini pihak istana tidak pernah menafikan dokumen itu adalah paslu atau pun dokumen itu tidak pernah wujud. Kalau adendum itu palsu, (pasti) akan dinafikan sekeras-kerasnya, tapi tuanku sendiri yang bagitahu sendiri kepada saya, bukan orang lain.
Tambah Nizar, dia dimaklumkan tentang hal itu sebulan yang lalu namun katanya Sultan Pahang menitahkan agar dokumen itu difailkan sebagai afidavit dan bukannya ditularkan di media sosial.
Hari ini kita lihat dokumen tersebut telah ditularkan, saya tak tahu macam mana pihak tertentu boleh dapat dokumen tersebut. Itu kena tanya pihak keselamatan mahkamah tetapi memang benar saya failkan afidavit tersebut dan pejabat Istana (Pahang) sahkan, kalau mereka tak percaya, boleh tanya istana sendiri.
Dalam pada itu, Nizar berkata dia berharap agar tiada pihak lain yang menafikan kewujudan titah adendum berkenaan.
Terdahulu pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi memulakan semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source