Putin ancam serang Kyiv guna peluru berpandu hipersonik
KYIV: Presiden Russia, Vladimir Putin mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Kyiv menggunakan peluru berpandu hipersonik baharu, Oreshnik.
Ancaman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Moscow melancarkan serangan besar-besaran terhadap sistem tenaga Ukraine, yang menyebabkan lebih sejuta penduduk terputus bekalan elektrik.
Kyiv memaklumkan lebih 90 peluru berpandu dan 100 dron dilepaskan oleh Russia dalam serangan tersebut, yang didakwa Kremlin sebagai ‘tindak balas’ terhadap serangan Ukraine menggunakan peluru berpandu buatan Barat ke wilayah Russia.
“Kami tidak menolak untuk menggunakan Oreshnik terhadap sasaran ketenteraan, industri ketenteraan atau pusat pengambilan keputusan, termasuk di Kyiv,” kata Putin dalam sidang akhbar di Astana, ibu negara Kazakhstan.
Pusat pentadbiran di Kyiv yang menempatkan bangunan-bangunan penting kerajaan kini berada di bawah kawalan keselamatan yang ketat, namun kebimbangan terhadap serangan ke kawasan itu semakin meningkat dalam seminggu kebelakangan ini.
Pada minggu lalu, Russia menguji peluru berpandu balistik Oreshnik di Ukraine, dan Putin mendakwa senjata itu mampu memberi kesan setara dengan serangan nuklear.
Putin menegaskan serangan itu adalah tindak balas terhadap serangan ke atas wilayahnya menggunakan peluru berpandu ATACMS (Amerika Syarikat) dan memberi amaran Rusia akan sentiasa memberikan ‘tindak balas’.
Sejak ujian pertama peluru berpandu Oreshnik minggu lalu, Russia semakin lantang membangga-banggakan kehebatan senjata itu.
Di Astana, Putin mendakwa peluru berpandu itu mampu mencapai kelajuan tiga kilometer sesaat dan suhu yang setanding dengan permukaan matahari.
“Kami terpaksa menguji senjata ini dalam keadaan pertempuran sebenar selepas Ukraine menyerang wilayah kami menggunakan ATACMS,” katanya. –AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source