Lelaki Islam Di Johor Wajib Tinggal Atau Tutup Sementara Kedai Untuk Solat Jumaat, Majikan Halang Pekerja Akan Dikenakan Tindakan
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata semua pelanggan dan pemilik premis lelaki beragama Islam terutama yang mengendalikan kedai makan di negeri itu diwajibkan meninggalkan urusan perniagaan atau menutup sementara ketika solat Jumaat berlangsung.
Tambahnya, ia bagi membolehkan mereka untuk menjalankan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat di mana-mana masjid berdekatan.
Mereka yang kena tinggalkan jual beli ini adalah orang lelaki, orang Islam, maka orang inilah jangan berniaga dan jangan berkerja (semasa solat Jumaat).
Katanya, perlaksanaan pernguatkuasaan itu adalah untuk memastikan semua lelaki yang wajib solat Jumaat menunaikan kewajipan mereka.
Jadi peniaga Islam yang lain boleh berniaga tetapi yang lelaki kenapa pergi makan semasa solat Jumaat. Lelaki Islam kenapa berniaga semasa orang sembahyang Jumaat.
Fared juga berkata sekiranya ada pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan solat Jumaat, bermula 1 Januari depan, diminta untuk membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor.
Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source